Wednesday 18 November 2015

TENTANG SAYA

TENTANG SAYA
“Salam Pembelajaran Sepanjang Hayat”
  

LILA AK UMAR

Pengalaman Bekerja ;
SMK Tem. Dtk. Lawai Jau, Miri, Sarawak. (19 Mei 1998 – 31 Dis 2003)
SMK Kalaka Roban, Betong, Sarawak. (01 January 2004 – Sekarang)

Pengajian :
SRK Brayang, Betong, Sarawak. (1981 – 1986)
SMK Kalaka Roban, Betong, Sarawak. (1987 – 1989)
SM Vokasional Bintulu, Sarawak. (1990 – 1991)
SMK (BM) Saratok, Betong, Sarawak. (1992 – 1993)
Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. (1995 -1997)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. (2012 -2015)

PHILOSOPHY

“Salam Pembelajaran Sepanjang Hayat”

            Pada zaman ini, pendidikan adalah satu kemestian kepada setiap orang untuk mencapai kejayaan dalam hidup pada masa akan datang. Pendidikan formal atau tidak formal akan diperlukan oleh setiap golongan sama ada kanak-kanak, muda hingga ke golongan tua. Oleh itu pendidikan ini adalah merupakan proses pembelajaran yang berlaku sepanjang hayat seseorang. Pembelajaran seseorang itu akan berubah mengikut situasi selari dengan usianya.
Untuk memenuhi kehendak proses pembelajaran sepanjang hayat itu, saya sebagai guru harus berani menerokai perkara baru berdasarkan kehendak semasa iaitu belajar mengikut situasi abad ke 21. Oleh itu, sebagai guru saya akan mencuba mengajar mengikut perkembangan pendidikan masa sekarang yang lebih merupakan era globalisasi yang menggunakan ICT.  Sudah tiba masanya sekarang saya melupakan kaedah pengajar dan pembelajaran “chalk & talk” di dalam kelas. Sekarang adalah masa untuk mengajar murid berdasarkan suasana dalam kelas abad ke 21. Sudah tiba masanya saya menggunakan peralatan dan aplikasi ICT dalam bilik kelas untuk menyokong proses pengajaran.
Saya berpendapat berdasarkan pengalaman mengajar sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih berkesan jika disokong dengan penggunaan peralatan ICT sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan ICT akan mampu menarik minat murid untuk belajar. Di samping itu, penggunaan ICT akan membantu memudahkan kita menjelaskan sesuatu perkara seperti dengan menayangkan slide, menonton video atau melayari intenet untuk mencari maklumat.

Kesimpulannya, dalam kelas abad ke 21, guru yang berjaya adalah guru yang banyak memberi ruang dan peluang kepada muridnya mempelajari sesuatu dengan meneroka sendiri peluang pembelajaran yang ada. Guru akan menjadi lebih banyak memainkan peranan sebagai pemudahcara kepada proses pembelajaran muridnya. 

XMIND


CROSSWORD PUZZLE



WORD SEARCH


WORD SCRAMBLE