“Salam
Pembelajaran Sepanjang Hayat”
Pada
zaman ini, pendidikan adalah satu kemestian kepada setiap orang untuk mencapai
kejayaan dalam hidup pada masa akan datang. Pendidikan formal atau tidak formal
akan diperlukan oleh setiap golongan sama ada kanak-kanak, muda hingga ke
golongan tua. Oleh itu pendidikan ini adalah merupakan proses pembelajaran yang
berlaku sepanjang hayat seseorang. Pembelajaran seseorang itu akan berubah
mengikut situasi selari dengan usianya.
Untuk
memenuhi kehendak proses pembelajaran sepanjang hayat itu, saya sebagai guru
harus berani menerokai perkara baru berdasarkan kehendak semasa iaitu belajar
mengikut situasi abad ke 21. Oleh itu, sebagai guru saya akan mencuba mengajar
mengikut perkembangan pendidikan masa sekarang yang lebih merupakan era
globalisasi yang menggunakan ICT. Sudah
tiba masanya sekarang saya melupakan kaedah pengajar dan pembelajaran “chalk
& talk” di dalam kelas. Sekarang adalah masa untuk mengajar murid
berdasarkan suasana dalam kelas abad ke 21. Sudah tiba masanya saya menggunakan
peralatan dan aplikasi ICT dalam bilik kelas untuk menyokong proses pengajaran.
Saya
berpendapat berdasarkan pengalaman mengajar sebelum ini, proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih berkesan jika disokong dengan
penggunaan peralatan ICT sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan ICT akan
mampu menarik minat murid untuk belajar. Di samping itu, penggunaan ICT akan
membantu memudahkan kita menjelaskan sesuatu perkara seperti dengan menayangkan
slide, menonton video atau melayari intenet untuk mencari maklumat.
Kesimpulannya,
dalam kelas abad ke 21, guru yang berjaya adalah guru yang banyak memberi ruang
dan peluang kepada muridnya mempelajari sesuatu dengan meneroka sendiri peluang
pembelajaran yang ada. Guru akan menjadi lebih banyak memainkan peranan sebagai
pemudahcara kepada proses pembelajaran muridnya.
No comments:
Post a Comment